Skip to main content

Terbitnya Buku Pendiam

Assalamualaikum dan hai!

Pertamanya, terima kasih sebab tekan ke blog ini. Aku sudah mula tulis di blog sejak 2009. Masih di sekolah menengah waktu itu. Tapi memandangkan blog itu guna nama pena dan lebih kepada 'curhat', segan pula nak kongsi dengan kalian. Jadi, aku rasa, baiklah buat blog baru atas nama sendiri.

Teruja sebenarnya nak menulis blog sebab dah lama tak buat. Sejak ada facebook dan instagram, lagilah kurang. Minat menulis tu masih ada tapi terkadang macam tak best nak tulis di laman sosial. Rasa macam 'too much engagement'. Like, comment & share. Walaupun ada je posting kurang dapat sambutan, tapi tetap rasa insecure, lepas tu delete. Aduh!

Introvert sangat. Tak gemar dan selesa bila berada di spotlight. Walaupun ada waktu kena layan juga kenalan & pembaca, aku gagahi jua. Demi kalian!

Ok, dah panjang pengenalan. Saya baru nak masuk topik. Umumnya, antara sebab aku nak tulis blog ni, sebab nak cerita behind the scene Buku Pendiam terbitan Iman Publication. Rasanya terlalu banyak aku nak tulis dan kongsi tau!

Aku mulakan dengan cara aku boleh terlintas nak buat buku ni

Akan sampai satu fasa dalam kehidupan kita, bila kita mula tercari-cari dan mula persoalan, siapa aku sebenarnya? Ya, betul. Kita makhluk Tuhan, ada tujuan di muka bumi untuk beribadan dan menjadi khalifah. Sudut itu, lebih baik saja kita dengan penjelasan dari murobbi, ustaz, ustazah, naqib dan  mudah kata orang lebih arif dan mahir dalam memberi huraian.

Persoalan ini, lebih kepada apa fungsi aku dalam masyarakat? Apa kelebihan yang aku ada. Macam mana aku nak guna diri aku ni untuk beri manfaat buat orang sekeliling. Takkan aku hidup cuma sekadar hidup. Babi di hutan juga hidup (Petikan HAMKA).

Aku memang kena buat je ke sesuatu perkara walaupun aku tak selesa dan suka sebab tak ada orang lain yang buat? Memang hidup ini begitukah? Tetap berbuat sesuatu biarpun kita dalam keadaan terpaksa atas alasan tak ada pilihan lain?

Persoalan macam tu terus bermain di fikiran sampailah aku yang stress. Yelah, suka benar overthinking. Sampai akhirnya penat dan tidur. Haha. Tidak pun, terlalu penat berfikir sampai satu masa memang lansung terjejas buat lain, dalam erti kata lain, tertangguh kerja. Bahaya sungguh!

Ya, mungkin sebab tahan thinking introvert aku yang paling kuat, jadi benda tu buat aku ambil masa untuk bertindak. Masa yang sama suka, aku perlukan masa untuk berfikir, hanya sekadar untuk suka-suka. Aku tak rasa dapat berehat dan menikmati kehidupan kalau aku tak ada masa dalam sehari untuk berfikir. Erti kata lain, aku memang kena termenung atau berangan juga.

Kalau aku tertangkap, kawan baik aku dah faham. Jadi dia memang bagi aku ruang. Pernah masa nak turun dari hiking, tengah elok sembang, aku berhenti dan keluarkan phone. Kawan aku tak banyak cakap, dia berhenti juga ambil gambar. Dia tahu aku tengah ada idea nak menulis. Kejap je pun, kadang tak sampai 5 minit. Sekadar keluarkan apa yang ada dalam kepala yang sangat bising. Itu je. Nanti balik baru buka semula dan baca.

Waktu lain yang agak kerap terjadi, tengah memandu. Aduh, ini memang membuatkan aku tak senang duduk. Paling aku teringat, sampai aku kena berhentikan kereta tepi jalan sebab otak aku sangat bising yang membuatkan aku sangat tak senang. Ya, aku pernah cuba voice note, tapi aku tak suka. Tak sama dengan menulis. Kalau tak, memang tulis je lah dalam kereta. Pen dan kertas memang aku letak siap-siap. Letak kertas di stereng dan tulis. Janganlah tanya tentang tulisan, aku pun takes time nak faham. Nasib aku baik kalau sedang elok, berhenti depan lampu trafik atau jem yang kereta tak bergerak.

Ok.

Jadi, semua yang terjadi kat aku dan persoalan yang sedang bermain di fikiran, buatkan rasa ingin tahu lebih tinggi. Aku mula baca tentang psikologi - memahami tingkah laku manusia. Mungkin sebelum 2015 aku pernah baca, tapi nak mudah cerita, aku betul-betul kumpul bahan bacaan dan baca lanjut sejak aku putuskan untuk berhenti belajar ijazah dalam jurusan pengkomputeran multimedia. Tahun demi tahun, aku mula kongsi dengan kawan-kawan dan kebanyakkan boleh relate. Aku pun cadang nak tulis buku memandangkan aku memang suka menulis.

Bermula lah episod aku jumpa orang yang belajar ijazah/master dalam bidang psikologi ni dan mula sembang secara santai. Journal, artikel dan thesis yang aku baca dan tak faham, aku tanya mereka.Yelah, kita ijazah pun tak habis, nak faham terma psikologi lagi lah susah, bidang pun jauh beza.

Hinggalah akhirnya, saya jumpa semula kawan lama yang baru tamat belajar ijazah psikologi. Jadi, makin kerapkan kami bertemu untuk sembang sampai 3-4 jam sekali jumpa. Ada masa sampai 6 jam. Ada yang setakat setengah jam. Kami akan bersembang tiga orang. Aiman Amri, graduan psikologi, Fauziah Tahib, pengamal homeopathy tradisional dan tersesat aku di situ, jurufoto yang suka baca tentang psikologi. Oh ya, bidang homeopathy pun menekankan soal psikologi untuk sesi rawatan, jadi boleh kata memang bidang Fauziah jugalah.

Awal perancangan tulis buku, nak tulis sendiri. Sebab masa tu memang tak terlintas nak tulis bersama orang lain. Hinggalah saya stuck. Jadi, saya minta bantuan Aiman untuk bantu guide dalam penghasilan buku. Beberapa waktu kemudian, baru lah terlintas, why not ajak Aiman je sebagai rakan penulis?

Tak disangka pula, Aiman memang ada hasrat yang sama sebab beliau pun aktif dan pernah buat perkongsian tentang tajuk psikologi-personaliti di laman sosial dan siri ceramahnya. Gedung gedang lepas selesai hal perkahwinan dan kelahiran anak beliau, barulah kami mula secara serius. Memandangkan Aiman sudah menjadi penulis Iman Publication, jadi beliau utarakan cadangan buku introvert kepada pihak Iman.

Alhamdulilllah, tajuk itu disambut baik dan kami pun mula berjumpa dengan pihak penerbit untuk proses penerbitan buku.

Saat nak hantar manuskrip sampailah dah nak cetak ni pun, aku masih tak percaya, semua ini sangat hampir menjadi kenyataan setelah hampir 5 tahun!

Terharu, takut, semua adalah!

Dah panjang sangat rasanya posting ni. Cukup dulu satakat ini ya.



Update : Pre order bermula 24 March - 27 April 2020. 
Pihak Iman cakap ada tawaran istimewa kalau buat pre order 24hb. Join tau. Klik sini 

Comments

  1. Tahniah Aqila!!! Semoga terus sukses. Saya dah pre-order buku "Pendiam" ni. Tunggu nak baca ja. Saya baru ja buat blog pasal introvert. Sudi-sudilah baca. Mohon tunjuk ajar Aqila dalam bidang penulisan. Terima kasih. https://introvertberjaya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Tahniah kak teruskan berkarya ya. Saya suka baca buku2 dan penulisan pasal pensonaliti seseorang, sangka saya ja yang hidup dalam kehidupan seorang 'pendiam' di dunia ni. Rupanya ada juga macam saya ya. Hidup introvert

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sebelum Meet & Greet 11 Jun

Berdebar pula kedatangan Pesta Buku Kuala Lumpur tahun ini. Penerbit dah suruh get ready. 2 tahun buku dalam pasaran, belum pernah bertemu pembaca secara terbuka. Kecuali pembaca yang bersama saya dalam Introvert Asia. Kalau boleh saya nak duduk sekejap sahaja. Tapi tak adillah kan bagi pembaca yang mahu bertemu. Lagipun, saya jugalah yang rugi jika tidak mengambil peluang untuk bertemu dan bertegur sapa. Sebab tanpa kalian, sebagai pembaca buku, tiadalah ertinya bagi seorang penulis.  

Cerita Fanad tu sama dengan saya!

 "Paling best, ada situasi dengan student saya yang lebih kurang dalam buku Pendim. Best dapat apply. Alhamdulillah student tu bertambah baik." - Cik Ros Sesekali saya akan bersembang dengan pembaca buku Pendiam. Bahagian mana yang menarik perhatian pembaca dan bagaimana buku itu mampu membantu. Rupanya, salah satunya melalui cerita Fanad yang saya nukilkan dalam bab pengenalan. Cerita tu, memang kisah yang dialami oleh saya sendiri. Bukan goreng kosong-kosong.  Bila pengalaman lalu, mampu jadi panduan buat pengajar untuk memahami pelajar, saya kira itu pulangan yang besar nilainya.  Seolah, tangan saya dipanjangkan orang lain, untuk membantu dari jauh.  Tidak ramai, tetapi sedikit yang memberi impak itu lebih berkesan.  Pembaca yang dikenali sebagai Cik Ros ni, saya dah berhubung sekian lama. Awalnya bermula di twitter.  Beliau menunjukkan kesungguhan yang tinggi untuk menyampaikan kandungan buku ini. Lihatlah sendiri karya yang dilukiskan bagi rumusan bab...