Skip to main content

Posts

Showing posts with the label introvert

Buku Pendiam - Nombor 2 Bestseller

"Kita ada rancangan, tapi perancangan Tuhan itu jauh lebih hebat." Masih lagi dengan perkembangan baik tentang buku Pendiam? Yang membuatkan hari-hari aku punyai sebab untuk senyum. Percaturan yang sangat indah membuatkan aku melafaz terus terima kasih,Tuhan. Sama seperti Tuhan bersamaku setiap masa. Malah, Dialah yang bersifat Ya Sami’, Maha Mendengar.  Berfikir masa sekarang, meniti perjalanan yang lalu, membuatkan aku hanya mampu tersenyum dan mengucap syukur. Seolah aku yang merancang semua ini berlaku. Tidak, Tuhan yang rancang dan tentukan. Aku hanya berfikir sebagai hamba semampunya, dan sudah tentu ada keterbatasannya.  Seperti aku sudah merancang untuk bergaul dahulu dengan komuniti penulis dan penerbit pada tahun 2016. Benar kata orang bisnes, network worth is valueable and long term business. Jauh bermanfaat dari helaian kertas bernombor (wang). Persahabatan juga pintu rezeki. Benar kata orang, mengeratkan ukhwah itu membuka pintu rezeki....

Terbitnya Buku Pendiam

Assalamualaikum dan hai! Pertamanya, terima kasih sebab tekan ke blog ini. Aku sudah mula tulis di blog sejak 2009. Masih di sekolah menengah waktu itu. Tapi memandangkan blog itu guna nama pena dan lebih kepada ' curhat' , segan pula nak kongsi dengan kalian. Jadi, aku rasa, baiklah buat blog baru atas nama sendiri. Teruja sebenarnya nak menulis blog sebab dah lama tak buat. Sejak ada facebook dan instagram, lagilah kurang. Minat menulis tu masih ada tapi terkadang macam tak best nak tulis di laman sosial. Rasa macam ' too much engagement'. Like, comment & share . Walaupun ada je posting kurang dapat sambutan, tapi tetap rasa insecure , lepas tu delete. Aduh! Introvert sangat. Tak gemar dan selesa bila berada di spotlight . Walaupun ada waktu kena layan juga kenalan & pembaca, aku gagahi jua. Demi kalian! Ok, dah panjang pengenalan. Saya baru nak masuk topik. Umumnya, antara sebab aku nak tulis blog ni, sebab nak cerita behind the scene Buku Pendia...