Skip to main content

Buku Pendiam - Nombor 2 Bestseller

"Kita ada rancangan, tapi perancangan Tuhan itu jauh lebih hebat."


Masih lagi dengan perkembangan baik tentang buku Pendiam? Yang membuatkan
hari-hari aku punyai sebab untuk senyum. Percaturan yang sangat indah membuatkan
aku melafaz terus terima kasih,Tuhan. Sama seperti Tuhan bersamaku setiap masa.
Malah, Dialah yang bersifat Ya Sami’, Maha Mendengar. 


Berfikir masa sekarang, meniti perjalanan yang lalu, membuatkan aku hanya mampu
tersenyum dan mengucap syukur. Seolah aku yang merancang semua ini berlaku.
Tidak, Tuhan yang rancang dan tentukan. Aku hanya berfikir sebagai hamba semampunya,
dan sudah tentu ada keterbatasannya. 


Seperti aku sudah merancang untuk bergaul dahulu dengan komuniti penulis dan penerbit
pada tahun 2016. Benar kata orang bisnes, network worth is valueable and long term business.
Jauh bermanfaat dari helaian kertas bernombor (wang). Persahabatan juga pintu rezeki.
Benar kata orang, mengeratkan ukhwah itu membuka pintu rezeki. 

Aku ada kongsikan macam mana aku boleh tulis dengan Aiman dalam post sebelum ni. Tekan sini


Ikut perancangan asal, memang mahu tulis sendiri. Tapi, siapalah aku. Tak ada nama sangat. Buku yang ada pun membawa topik Asas Fotografi Digital tahun 2017 dan itupun cetakan terhad. Masih belum putuskan bila mahu terbitkan semula walaupun permintaan masih ada.

Jadi, aturan Tuhan untuk tetapkan buku ini terbit tahun 2020 sangat luar biasa bagi aku.

Satu, terbit dengan penerbit yang menumpukan pembangunan anak muda.
Kedua, menulis dengan penulis/speaker yang sudah dikenali di Malaysia.
Ketiga, jual secara rasmi (pre order) dalam tempoh RMO, di mana orang introvert enjoy je waktu begini.
Keempat, cikgu aku, komuniti penulis dan penerbit yang aku kenal dulu, masih kuat menyokong aku.

Aku rasa, kalau aku senaraikan, berjela juga panjangnya. 

Sampailah sehari selepas pre order, aku dimaklumkan, buku kami menduduki carta kedua, bestseller
pre order sempena Pesta Buku Iman. Aku yakin, ini rezeki kebersamaan. Setiap yang bekerja
dalam pembikinan ini turut meletakkan harapan yang tinggi. Sebab itulah, buku ini selayaknya
memberi harapan pula kepada para pembaca. Seterusnya pembaca itu meneruskan har-hari
dengan harapan yang lebih tinggi untuk menjadi individu yang lebih baik dari hari ini. 


Comments

  1. Hebat! Carta Kedua Pre-Order. Tahniah Aqila. Teringin sangat nak baca ni. Hahaha... Saya pun dari dulu bercita-cita nak jadi penulis. Tapi kalau ada rezeki saya tak tulis pasal introvert, saya nak cerita pasal kepimpinan. Insya Allah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sebelum Meet & Greet 11 Jun

Berdebar pula kedatangan Pesta Buku Kuala Lumpur tahun ini. Penerbit dah suruh get ready. 2 tahun buku dalam pasaran, belum pernah bertemu pembaca secara terbuka. Kecuali pembaca yang bersama saya dalam Introvert Asia. Kalau boleh saya nak duduk sekejap sahaja. Tapi tak adillah kan bagi pembaca yang mahu bertemu. Lagipun, saya jugalah yang rugi jika tidak mengambil peluang untuk bertemu dan bertegur sapa. Sebab tanpa kalian, sebagai pembaca buku, tiadalah ertinya bagi seorang penulis.  

Cerita Fanad tu sama dengan saya!

 "Paling best, ada situasi dengan student saya yang lebih kurang dalam buku Pendim. Best dapat apply. Alhamdulillah student tu bertambah baik." - Cik Ros Sesekali saya akan bersembang dengan pembaca buku Pendiam. Bahagian mana yang menarik perhatian pembaca dan bagaimana buku itu mampu membantu. Rupanya, salah satunya melalui cerita Fanad yang saya nukilkan dalam bab pengenalan. Cerita tu, memang kisah yang dialami oleh saya sendiri. Bukan goreng kosong-kosong.  Bila pengalaman lalu, mampu jadi panduan buat pengajar untuk memahami pelajar, saya kira itu pulangan yang besar nilainya.  Seolah, tangan saya dipanjangkan orang lain, untuk membantu dari jauh.  Tidak ramai, tetapi sedikit yang memberi impak itu lebih berkesan.  Pembaca yang dikenali sebagai Cik Ros ni, saya dah berhubung sekian lama. Awalnya bermula di twitter.  Beliau menunjukkan kesungguhan yang tinggi untuk menyampaikan kandungan buku ini. Lihatlah sendiri karya yang dilukiskan bagi rumusan bab...

Terbitnya Buku Pendiam

Assalamualaikum dan hai! Pertamanya, terima kasih sebab tekan ke blog ini. Aku sudah mula tulis di blog sejak 2009. Masih di sekolah menengah waktu itu. Tapi memandangkan blog itu guna nama pena dan lebih kepada ' curhat' , segan pula nak kongsi dengan kalian. Jadi, aku rasa, baiklah buat blog baru atas nama sendiri. Teruja sebenarnya nak menulis blog sebab dah lama tak buat. Sejak ada facebook dan instagram, lagilah kurang. Minat menulis tu masih ada tapi terkadang macam tak best nak tulis di laman sosial. Rasa macam ' too much engagement'. Like, comment & share . Walaupun ada je posting kurang dapat sambutan, tapi tetap rasa insecure , lepas tu delete. Aduh! Introvert sangat. Tak gemar dan selesa bila berada di spotlight . Walaupun ada waktu kena layan juga kenalan & pembaca, aku gagahi jua. Demi kalian! Ok, dah panjang pengenalan. Saya baru nak masuk topik. Umumnya, antara sebab aku nak tulis blog ni, sebab nak cerita behind the scene Buku Pendia...