Skip to main content

Cerita Fanad tu sama dengan saya!

 "Paling best, ada situasi dengan student saya yang lebih kurang dalam buku Pendim. Best dapat apply. Alhamdulillah student tu bertambah baik." - Cik Ros


Sesekali saya akan bersembang dengan pembaca buku Pendiam. Bahagian mana yang menarik perhatian pembaca dan bagaimana buku itu mampu membantu.


Rupanya, salah satunya melalui cerita Fanad yang saya nukilkan dalam bab pengenalan. Cerita tu, memang kisah yang dialami oleh saya sendiri. Bukan goreng kosong-kosong. 


Bila pengalaman lalu, mampu jadi panduan buat pengajar untuk memahami pelajar, saya kira itu pulangan yang besar nilainya. 


Seolah, tangan saya dipanjangkan orang lain, untuk membantu dari jauh. 


Tidak ramai, tetapi sedikit yang memberi impak itu lebih berkesan. 


Pembaca yang dikenali sebagai Cik Ros ni, saya dah berhubung sekian lama. Awalnya bermula di twitter. 


Beliau menunjukkan kesungguhan yang tinggi untuk menyampaikan kandungan buku ini. Lihatlah sendiri karya yang dilukiskan bagi rumusan bab pengenalan. 



Cik Ros jadi agen buku Pendiam dan terbitan IMAN Publication, khusus buat masyarakat setempat yang sukar mendapatkan buku di kawasan sekitar.


Bagi meraikan jasa baik dan komitmen beliau, saya menawarkan untuk menjadi agen saya sendiri. Buku dibeli secara pukal, tapi tidaklah begitu besar kuantitinya. Istimewa, saya turut menyertakan tandatangan dan nota khusus buat pembeli dari beliau. 


Boleh terus whatsapp Cik Ros ya. Klik je gambar di atas. 

Comments

Popular posts from this blog

Sebelum Meet & Greet 11 Jun

Berdebar pula kedatangan Pesta Buku Kuala Lumpur tahun ini. Penerbit dah suruh get ready. 2 tahun buku dalam pasaran, belum pernah bertemu pembaca secara terbuka. Kecuali pembaca yang bersama saya dalam Introvert Asia. Kalau boleh saya nak duduk sekejap sahaja. Tapi tak adillah kan bagi pembaca yang mahu bertemu. Lagipun, saya jugalah yang rugi jika tidak mengambil peluang untuk bertemu dan bertegur sapa. Sebab tanpa kalian, sebagai pembaca buku, tiadalah ertinya bagi seorang penulis.  

Terbitnya Buku Pendiam

Assalamualaikum dan hai! Pertamanya, terima kasih sebab tekan ke blog ini. Aku sudah mula tulis di blog sejak 2009. Masih di sekolah menengah waktu itu. Tapi memandangkan blog itu guna nama pena dan lebih kepada ' curhat' , segan pula nak kongsi dengan kalian. Jadi, aku rasa, baiklah buat blog baru atas nama sendiri. Teruja sebenarnya nak menulis blog sebab dah lama tak buat. Sejak ada facebook dan instagram, lagilah kurang. Minat menulis tu masih ada tapi terkadang macam tak best nak tulis di laman sosial. Rasa macam ' too much engagement'. Like, comment & share . Walaupun ada je posting kurang dapat sambutan, tapi tetap rasa insecure , lepas tu delete. Aduh! Introvert sangat. Tak gemar dan selesa bila berada di spotlight . Walaupun ada waktu kena layan juga kenalan & pembaca, aku gagahi jua. Demi kalian! Ok, dah panjang pengenalan. Saya baru nak masuk topik. Umumnya, antara sebab aku nak tulis blog ni, sebab nak cerita behind the scene Buku Pendia...