Berdebar pula kedatangan Pesta Buku Kuala Lumpur tahun ini. Penerbit dah suruh get ready. 2 tahun buku dalam pasaran, belum pernah bertemu pembaca secara terbuka. Kecuali pembaca yang bersama saya dalam Introvert Asia. Kalau boleh saya nak duduk sekejap sahaja. Tapi tak adillah kan bagi pembaca yang mahu bertemu. Lagipun, saya jugalah yang rugi jika tidak mengambil peluang untuk bertemu dan bertegur sapa. Sebab tanpa kalian, sebagai pembaca buku, tiadalah ertinya bagi seorang penulis.
"Paling best, ada situasi dengan student saya yang lebih kurang dalam buku Pendim. Best dapat apply. Alhamdulillah student tu bertambah baik." - Cik Ros Sesekali saya akan bersembang dengan pembaca buku Pendiam. Bahagian mana yang menarik perhatian pembaca dan bagaimana buku itu mampu membantu. Rupanya, salah satunya melalui cerita Fanad yang saya nukilkan dalam bab pengenalan. Cerita tu, memang kisah yang dialami oleh saya sendiri. Bukan goreng kosong-kosong. Bila pengalaman lalu, mampu jadi panduan buat pengajar untuk memahami pelajar, saya kira itu pulangan yang besar nilainya. Seolah, tangan saya dipanjangkan orang lain, untuk membantu dari jauh. Tidak ramai, tetapi sedikit yang memberi impak itu lebih berkesan. Pembaca yang dikenali sebagai Cik Ros ni, saya dah berhubung sekian lama. Awalnya bermula di twitter. Beliau menunjukkan kesungguhan yang tinggi untuk menyampaikan kandungan buku ini. Lihatlah sendiri karya yang dilukiskan bagi rumusan bab...