"Kita ada rancangan, tapi perancangan Tuhan itu jauh lebih hebat." Masih lagi dengan perkembangan baik tentang buku Pendiam? Yang membuatkan hari-hari aku punyai sebab untuk senyum. Percaturan yang sangat indah membuatkan aku melafaz terus terima kasih,Tuhan. Sama seperti Tuhan bersamaku setiap masa. Malah, Dialah yang bersifat Ya Sami’, Maha Mendengar. Berfikir masa sekarang, meniti perjalanan yang lalu, membuatkan aku hanya mampu tersenyum dan mengucap syukur. Seolah aku yang merancang semua ini berlaku. Tidak, Tuhan yang rancang dan tentukan. Aku hanya berfikir sebagai hamba semampunya, dan sudah tentu ada keterbatasannya. Seperti aku sudah merancang untuk bergaul dahulu dengan komuniti penulis dan penerbit pada tahun 2016. Benar kata orang bisnes, network worth is valueable and long term business. Jauh bermanfaat dari helaian kertas bernombor (wang). Persahabatan juga pintu rezeki. Benar kata orang, mengeratkan ukhwah itu membuka pintu rezeki....
Mungkin dia bukanlah penulis; cuma pencatat emosi kita.